Friday, 23 October 2015

NASIB PELARIAN ROHINGYA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kali ini saya ingin mengajak semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama merasai kesengsaraan dan keseksaan kehidupan pelarian Rohingya ini. 




Hasil carian imej untuk sejarah rohingya


        Kaum Rohinya merupakan satu kaum yang bermastautin di Burma (Myammar). Untuk pengetahuan semua telah berlaku suatu keganasan di Myammar yang menyebabkan kaum Rohingya ini ditindas dengan begitu kejam. Pada 3 Jun 2012, di negeri Arakan, 10 orang Muslim di Taunggote dibunuh dengan sangat kejam di dalam bas oleh sekumpulan etnik Rakhine. Oleh hal yang demikian, kaum Rohingya ketakutan lalu melarikan diri dan bersembungi daripada kaum Rakhine itu.
       Sebenarnya, kerajaan Myammar tidak mengiktiraf etnik Rohingya ini sebagai warganegara Myammar yang sah kerana mengatakan bahawa kumpulan ini memasuki Myammar sewaktu pemerintahan Britain dahulu. Mereka sama sekali tidak dibenarkan untuk mengamalkan agama Islam secara bebas kemudian mereka sering diseksa,didera,dibunuh,dirogol dan sebagainya. Contohnya, golongan wanita tidak dibenarkan untuk berhijab dan mereka dijadikan tempat memuaskan nafsu sahaja. Selain itu, umat Islam  Rohingya juga tidak dibenarkan untuk menunaikan haji di Mekah ataupun melakukan ibadah qurban semasa Hari Raya Aidiladha.


...PENDERITAAN ROHINGYA...

Hasil carian imej untuk PRNDERITAAn  pelarian rohingya
Hasil carian imej untuk PRNDERITAAn  pelarian rohingya

"......diperlakukan seperti haiwan kerana mengakui Allah sebagai Tuhan mereka dan agama Islam itu sebagai agama mereka........."


       BAGAIMANAKAH NASIB MEREKA SELEPAS INI?? Hakikatnya, nasib etnik rohingya ini terus menerus ditimpa musibah dan kesengsaraan. Pada Mei tahun ini, etnik Rohingya ini telah dipercayai terdampar diatas kapal ditenga-tengah laut perairan Thailand. Atas rasa belas kasihan dan sifat perikemanusiaan Malaysia dan Indonesia menawarkan untuk memberikan tempat perlindungan sementara buat mereka. Contohnya di Malaysia, kem PLKN telah dijadikan tempat perlindungan semntara etnik Rohingya ini.
        Selain itu Malaysia sangat prihatin terhadap nasib golongan Rohingya ini. Hal ini demikian kerana Malaysia bersetuju untuk membuka peluang pendidikan dan pekerjaan kepada mereka. Hari demi hari etnik Rohingya semakin meningkat tiba di Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka tetap dianggap sebagai pelarian. PERLUKAH MEREKA SENTIASA DIAGGAP PELARIAN?? PERLUKAH MEREKA DIANGGAP "PENDATANG ASING" DI NEGARA MEREKA SENDIRI??
         

TAHUKAH ANDA?
   ANTARA KEKEJAMAN TERHADAP KAUM ROHINGYA:
-          tidak mengiktiraf kerakyatan mereka
-          rampas tanah-tanah milik kaum Rohingya
-          menjadi buruh paksa tanpa gaji
-          sekatan makanan sehingga kebuluran
-          wanita dan gadis-gadis dirogol secara beramai-ramai oleh
tentera Myammar
-          penyembelihan secara beramai-ramai(lebih 1000 orang)



        Kehidupan mereka sehari-hari amat sinonim dengan kedaifan, penderitaan dan kesengsaraan. Isu yang dihadapi oleh masyarakat Rohingya lebih kepada proses penghapusan etnik oleh Rakhine, sama seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu. Dalam satu laporan khas, kerajaaan Myammar melakukan kekejaman terhadap Umat Islam Rohingya yang dipanggil “Penghapusan Etnik Rohingya” oleh etnik Rakhine yang sangat kejam. Lebih mengejutkan dan menyedihkan adalah bagaimana Aung San Suu Kyii, yang selama ini dilihat sebagai tokoh demokrasi dan pencinta keamanan turut berdiam diri dan membisu dalam isu ini. ITUKAH CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN YANG BERGELAR TOKOH?? Ya allah, sampai bilakah penderitaan ini akan terus dialami oleh mereka..? bilakah semua ini akan berakhir..?

        Alhamdulillah kerajaan Malaysia banyak membantu golongan Rohingya ini. Misalnya, anak-anak Rohingya diberi peluang pendidikan secukupnya manakala nasib golongan wanita juga terbela. Hal ini demikian kerana, Malaysia telah membuka ruang dan peluang untuk mereka bekerja sebagai pembantu rumah walaupun kerja itu berat tetapi cukuplah sekadar perbelanjaan anak-anak dan makan minum mereka sepanjang berada di sini. Tindakan keprihatinan dan usaha murni Malaysia ini berjaya membuka mata dunia untuk sama-sama membantu etnik Rohingya tersebut. Walaupun mereka ditindas di negara sendiri namun sikap berperikemanusiaan itu perlu diutamakan. 


Hasil carian imej untuk rohingya

     Ingatlah !! Mereka juga manusia biasa yang sangat memerlukan dan dahagakan pertolongan daripada masyarakat seluruh dunia . Hal ini demikian kerana, nasib yang menimpa dan dialami oleh mereka cukup dasyat dan buruk hasil kekejaman dari pihak kepimpinan negara mereka sendiri. Wajarkah ketua pemimpin negara sendiri tidak mempertahankan rakyatnya daripada menjadi mangsa penganiayaan serta keburukan dan kemusnahan pada rakyatnya sendiri.
 
SEKIAN... 
NURKILANKU KALI INI.... 










No comments:

Post a Comment