Friday, 16 October 2015

MISTERI KEHILANGAN 7 ORANG PELAJAR ORANG ASLI SK TOHOI

KEHILANGAN PENUH MISTERI 


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA .. 

TUJUAN MENULIS ARTIKEL INI ADALAH UNTUK MEMBERI PERKEMBANGAN MENGENAI 7 ORANG ANAK ORANG ASLI YANG HILAI DI POS TOHOI, GUA MUSANG , KELANTAN. HAL INI DI PANDANG SERIUS KERANA MEREKA MASIH KECIL DAN TIDAK TAHU BANYAK LAGI MENGENAI HUTAN BELANTARA TERSEBUT. 





        Tanggal 23 Ogos 2015, Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan 7 orang pelajar orang asli dari SK Tohoi, Gua Musang, Kelantan. Mereka merupakan sekumpulan pelajar orang asli yang mengikuti program dan perkhemahan di dalam hutan tersebut. Pelajar terbabit adalah Mirsudiar Aluj, 11, Noreen Yaacob, 10, Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaacob, 8, Linda Rosli, 8 dan Juvina David, 7 kesemuanya berasal dari Pos Tohoi. Mereka dipercayai lari ke hutan selepas takut dimarahi oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran malahan gurunya telah melarang sama sekali. 

Wahai adik-adikku...
Tak akanlah cikgu adik-adik makan kamu adik sebab marahkan kamu...  Paling tidak cikgu cuma marah sahaja.. tapi semuanya telah berlaku dan tidak dapat diundurkan lagi.. Semua yang berlaku telah tertulis dan ditentukan oleh Allah S.W.T.. kita sebagai manusia hanya mampu berdoa..  
  
        Akhirnya, misteri kehilangan 7 orang pelajar orang asli yang sering menjadi tanda tanya sedikit terjawab pada bulan Oktober 2015 iaitu selepas 46 hari mereka dilaporkan hilang. Hanya dua orang sahaja daripada 7 orang pelajar tersebut iaitu Mirsudiar Aluj dan Noreen Yaacob dijumpai selamat di dalam hutan berhampiran Sungai Perias iaitu tidak jauh dari tempat mereka. 5 orang lagi sahabat mereka dipercayai telah meninggal dunia di dalam hutan seorang demi seorang. 

        

        Kedua-dua pelajar tersebut memberitahu bahawa telah diberi makan oleh "seseorang" yang menyebabkan mereka berdua dapat bertahan sehingga ke hari ini. SIAPAKAH "seseorang" YANG DIMAKSUDKAN OLEH MIRSUDIAR DAN NOREEN?? ADAKAH BUNIAN?? Sehingga sekarang hal diberi makan itu menjadi tanda tanya semua pihak. Tidak pelikkah kanak-kanak sekecil itu boleh teruskan hidup tanpa sebarang makanan dan minuman. Namun, syukur alhamdulillah mereka berdua selamat dijumpai. Salah seorang daripada mereka ada memberitahu yang pertama meninggal ialah pertama meninggal ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8. Kesemuanya meninggal dunia kerana kelaparan dan keletihan, manakala Haikal mati lemas ketika ingin menyeberangi sungai. 


 

         


          Beberapa hari sebelum Mirsudiar dan Noreen ditemui oleh pasukan penyelamat, seorang mayat yang telah reput dijumpai tersangkut pada dahan pokok di tebing sungai. Mayat itu merupakan Sasa Sobrie,8, iaitu salah seorang daripada pelajar yang terbabit. Hal ini kemungkinan mayat tersebut telah lama tersangkut pada dahan itu sehingga menjadi reput akibat daripada air sungai yang deras. Penemuan mayat Sasa Sobrie telah membawa kepada penemuan seorang lagi mayat kanak-kanak, namun identitinya masih belum dapat dipastikan lagi.
         
     
                                                
INFO SEMASA
__hutan tersebut hanyalah 10 minit dari kampung nereka.
 __penduduk percaya mereka di sembunyikan oleh ‘tenrog’ iaitu ‘bunian’.
__wujud makhluk yang dipercayai mendiami kawasan tersebut terutamanya berhampiran pokok tualang,pokok merbau dan lain-lain lagi.


          Sehingga sekarang, misteri kehilangan pelajar orang asli ini tidak terungkai sepenuhnya lagi. Bilakah hal ini akan selesai? Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah S.W.T permudahkan segalanya dan hal ini cepat diselesaikan. Kita sebagai seorang anggota masyarakat perlulah bergading bahu menolong apa yang termampu contohnya nasihat kaunseling kepada ibu bapa pelajar terbabit. Ingatlah!!! JIKA KITA MEMUDAHKAN KERJA DAN MENOLONG SESEORANG, MAKA ALLAH AKAN PERMUDAHKAN KERJA KITA... INSYA-ALLAH... Semoga perkara ini dapat memberikan pengajaran dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat...

Wahai adik-adik...
Semoga kamu tenang dan aman disana... Tempat kamu disana bukannya disini.. kami disini amat menyayangi dan merindui kamu, tetapi Allah lebih sayangkan kamu semua.. Tenanglah kamu kepada Maha Pencipta ... 

Semoga kesemua pelajar terbabit dapat ditemui dengan segera. Biarlah hanya jasad yang tidak bernyawa ditemui namun misteri kejadian ini akan segera terungkai.

Sedekahkan Al- Fatihah buat mangsa-mangsa terbabit... AL-FATIHAH.......

Sekian coretanku untuk kali ini...

       



       


  
          
  


No comments:

Post a Comment