Kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) iaitu penerbangan MH370 belum reda dan masih hangat diperkatakan. Namun, dunia sekali lagi dikejutkan dengan sebuah lagi pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 milik MAS yang dipercayai ditembak jatuh di sempadan Ukraine. MH17 dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia di sempadan Ukraune-Rusia. Pesawat ini dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi 18 Julai 2014.
Pesawat membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal yang terdiri daripada :
- Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
- Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
- Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
- Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
- Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
- Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
- Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
- Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
- Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
- Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
- Tidak diketahui : 39 orang
- Jumlah warga Malaysia 35
- Jumlah Penumpang : 280 orang
- Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
- Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)
Lebih menyayat hati apabila dilaporkan bahawa kesemua penumpang dan anak kapal MH17 tiada seorang pun yang selamat malah hanya satu jasad sahaja yang sempurna sifatnya. Ya Allah betapa sayunya hati yang mendengar tetapi luluh lagi hati keluarga mangsa yang terlibat. Di sini saya ingin berkongsi beberapa kisah yang menyayat hati mengenai penumpang dan anak kapal MH17:
CERITA 1: ANAK
KEPADA PRAMUGARI MASTURA MUSTAFA
Jenazah paramugari Mastura Mustafa merupakan jenazah pertama sekali diturunkan dari pesawat dalam Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Hari berkabung MH17 Malaysia pada hari Jumaat 22 Ogos 2014 lalu.
Luluh dan sayunya hati melihat anak kepada Pramugari Mastura Mustafa meratap di hadapan keranda ibunya. Adik Mukriz hanya ingin mencium ibunya buat kali terakhir, namun permintaannya tidak dapat ditunaikan. Kepulangan ibunya yang berkhidmat di langit biru sentiasa dinanti dan di tunggu-tunggu setiap kali ibunya melangkah keluar dari rumah. Namun, penantian kali ini hanyalah dapat melihat sebuah keranda di hadapan nya bukan lagi gelak tawa seorang wanita yang amat bermakna dalam hidup adik Mukriz.
Ya Allah...
Kuatkanlah Adik Mukriz.. Supaya dia dapat menerima dan redha akan pemergiaan ibunda tercinta dengan sekelip mata.. adik Mukriz kena kuat demi ibu demi ayah adik... Jadikanlah dia seorang anak yang solah supaya dia dapat bertemu lagi ibunya di Syurga kelak.. adik Mukriz doa kami sentiasa bersama adik dan ibu adik.. tabahkan hatimu untuk menjalani hidupmu tanpa kelibat seorang ibu..
Adik mukriz diharapkan menjadi seorang anak yang berguna. Keluarga perlu membimbing adik Mukriz supaya menjadi seorang yang soleh kepada keluarga malah kepada agama dan negara.
CERITA 2: KELUARGA TAMBI JIEE
Sangat menyayat hati apabila terdengar dan terbaca kisah keluarga salah seorang penumpang MH17 yang terlibat dalam nahas tersebut. Keluarga tersebut adalah keluarga Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee. Mereka merupakan sebuah keluarga yang berasal dari Sarawak. Keluarga ini telah 3tahun menetap di Atyrau, Kazakhstan apabila bapanya Tambi bekerja dengan Shell di sana. Arwah Tambi dan Ariza menetap di sana bersama 3orang lagi anaknya iaitu Muhammad Afzal, Marsha Azmeena dan Afruz Tambi.
Jika sudah tertulis semuanya di Luf Mahfuz, maka walaubagaimana sekalipun ianya akan tetap berlaku. Hal ini berkait rapat dengan keluarga ini kerana anak sulung pasangan ini iaitu Muhammad Afif sebenarnya melanjutkan pelajaran di Malaysia sahaja, namun dia pergi ke sana untuk membantu persipan pulang di samping bercuti bersama keluarganya. Takdir sudah tetulis..... mereka sekeluarga meninggal dunia sekelip mata dan keenam-enam mereka meninggal bersama-sama.
I’ve changed…….. A LOT!
Goodbye Atyrau, Kazakhstan…… Goodbye friends, Nice knowing u guys…Goodbye cats, Hope u’ll get a new kind owner.. pls dont die….. Jan 4 2012 – July 4 2014 has been the greatest years of my life…. hope i’ll see u guys in the future….. BYE
Berikut adalah status terakhir Afruz sebelum pesawat tersebut terhempas di sempadan Ukraine. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Peribahasa itu menggambarkan bahawa betapa pilu dan sayunya ahli keluarga mereka di Sarawak apabila dengan sekelip mata mereka kehilangan 6 orang sekaligus. Semoga roh keluarga Tambi Jiee ini dicucuri rahmat dan ahli keluarga tabah dan redha dengan pemergian mereka sekeluarga.
" tempat berlakunya tembakan terhadap pesawat Mh17... kelihatan ramai mayat bergelimpangan dan bertaburan di sekitar tempat tersebut..."
Apabila semua mangsa nahas dijumpai dan pihak Ukraine telah memberi kebenaran maka sedikit demi sedikit mayat mangsa nahas pesawat MH17 dibawa pulang ke negara masing-masing. Di Malaysia, keadaan sedih menyelubungi Kompleks Bunga Raja di KLIA. Kumpulan pertama jenazah mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 selamat tiba di tanah air hampir 40 hari selepas insiden yang mencampakkan negara ke dalam tragedi berganda melibatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.
Perasaan sedih dan pilu menyelubungi perasaan rakyat Malaysia akan tragedi pesawat MAS MH17 yang telah ditembak jatuh dibahagian Timor Ukraine. Perasaan itu lebih mendalam lagi terhadap keluarga dan sahabat handai yang hadir dilapangan terbang menyambut ketibaan 20 Jenazah penumpang MAS MH17 yang diterbangkan khas dari Amsterdam,Belanda.
Kumpulan pertama ini melibatkan 20 jenazah penumpang dan anak kapal yang telah dikenal pasti identiti mereka serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke Malaysia. Istiadat penghormatan jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disertai oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak serta dif-dif kehormat dan orang kenamaan.Istiadat dikelolakan oleh Briged ke-12 Infantri Malaysia melibatkan 450 orang anggota.
Pesawat khas MH6129 yang berlepas dari Schipol pada hari Khamis jam 9.40 malam waktu tempatan, selamat mendarat di KLIA tepat jam 9.54 pagi 22 Ogos 2014. Kemudian, satu demi satu keranda dibawa turun dengan penuh istiadat dimulai dengan dua keranda pertama yang membawa jenazah kru Malaysia Airlines (MAS) Mastura Mustafa dan Ahmad Hakimi Hanapi. Istiadat ini dilangsungkan sehingga kesemua mayat mangsa nahas di bawa pulang ke Malaysia iaitu sehingga kumpulan terakhir sampai di Malaysia.
Tapi apa yang mahu dikatakan , ini adalah Qada' dan Qadar dan ketentuan Allah Rabbul Alamin.Manusian hanya boleh merancang dan Allah juga yang menentukan.
Ya Allah Ya Tuhanku...
Ampunilah segala dosa mangsa-mangsa nahas pesawat MH17 ini... semoga roh mereka dicucuri rahmat hendak-Nya.. Kembalilah kamu semua kepada Maha PenciptaMu.... Berehatlah dan damailah kamu disana.. Doa kami sentiasa mengiringi dan bersama kamu semua...
AL-FATIHAH BUAT MH17...
No comments:
Post a Comment