Sunday, 4 October 2015

MASYARAKAT CINA TIRUK DI TERENGGANU

Assalamualaikum  dan selamat sejahtera semua.. sebenarnya sy tak thu nak bt apa.. so saya just nak kongsi dgn semua org mengenai MASYARAKAT CINA TIRUK DI SERADA,KUALA TERENGGANU... :)

MASYARAKAT CINA TIRUK DI SERADA,TERENGGANU
 

Cina Peranakan Tirok merupakan kumpulan subetnik Cina yang unik di 
Negara ini.  Masyarakat Cina Tiruk adalah masyarakat Cina Peranakan melalui proses akulturasi budaya dengan masyarakat Melayu yang menyebabkan mereka memperlihatkan dwiidentiti yang unik.  Proses ini amat bergantung kepada interaksi sosiobudaya yang berlaku secara kerap antara mereka dengan orang Melayu.  Akulturasi merujuk kepada penerimaan ciri-ciri budaya golongan dominan oleh golongan minoriti.  Ia membabitkan pertukaran ciri-ciri budaya sesebuah kumpulan etnik yang berpunca daripada interaksinya dengan etnik yang lain.  



   Masyarakat Cina Tirok ini berasal daripada migrasi orang cina di negeri Terengganu ke kawasan pedalaman yang telah menelusuri dua laluan migrasi yang menyebabkan mereka telah berkumpul dan membuka sebuah penempatan baru.  Migran Cina dari wilayah Fujian,selatan Cina tiba laluan tersebut pada abad ke-18.  Di sepanjang kedua-dua laluan ini, mereka menubuhkan dan kemudiannya meninggalkan banyak penempatan di tebing Sungai Terengganu dan Sungai Marang yang dianggap oleh mereka tidak sesuai untuk bercucuk tanam.   Melalui kajian lapangan ini, saya dapat mengetahui bahawa penempatan ini dibuka pada lewat abad ke-19.  Berdasarkan catatan sejarah ini, ternyata bahawa migrasi orang Cina ke Tirok telah memakan masa kira-kira 70 tahun.  Menurut salah seorang penduduk kampung tersebut, penempatan tersebut muncul sejak zaman penjajahan Jepun lagi[i].  Cina Peranakan Tirok ini kebanyakannya tinggal di Kampung Tirok dan Kampung Banggul Kemang yang terletak kira-kira 17 km dari bandaraya Kuala Terengganu.  Orang Cina yang menetap di kedua-dua buah perkampungan ini menganggap diri mereka sebagai satu komuniti yang  sama dan kebanyakannya mempunyai hubungan yang sangat rapat. 

No comments:

Post a Comment