Thursday, 29 October 2015

MH17 : DOA KAMI SELALU BERSAMAMU


         Kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) iaitu penerbangan MH370 belum reda dan masih hangat diperkatakan. Namun, dunia sekali lagi dikejutkan dengan sebuah lagi pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 milik MAS yang dipercayai ditembak jatuh di sempadan Ukraine. MH17 dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia di sempadan Ukraune-Rusia. Pesawat ini dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi 18 Julai 2014.

           Pesawat membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal yang terdiri daripada : 
  • Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
  • Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
  • Tidak diketahui : 39 orang
  • Jumlah warga Malaysia 35
  • Jumlah Penumpang : 280 orang
  • Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
  • Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)
        Lebih menyayat hati apabila dilaporkan bahawa kesemua penumpang dan anak kapal MH17 tiada seorang pun yang selamat malah hanya satu jasad sahaja yang sempurna sifatnya. Ya Allah betapa sayunya hati yang mendengar tetapi luluh lagi hati keluarga mangsa yang terlibat. Di sini saya ingin berkongsi beberapa kisah yang menyayat hati mengenai penumpang dan anak kapal  MH17: 

CERITA 1: ANAK KEPADA PRAMUGARI  MASTURA                    MUSTAFA

Jenazah paramugari Mastura Mustafa merupakan jenazah pertama sekali diturunkan dari pesawat dalam Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Hari berkabung MH17 Malaysia pada hari Jumaat 22 Ogos 2014 lalu. 
Biodata Mastura Mustafamastura mustafa

Friday, 23 October 2015

NASIB PELARIAN ROHINGYA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kali ini saya ingin mengajak semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama merasai kesengsaraan dan keseksaan kehidupan pelarian Rohingya ini. 




Hasil carian imej untuk sejarah rohingya


        Kaum Rohinya merupakan satu kaum yang bermastautin di Burma (Myammar). Untuk pengetahuan semua telah berlaku suatu keganasan di Myammar yang menyebabkan kaum Rohingya ini ditindas dengan begitu kejam. Pada 3 Jun 2012, di negeri Arakan, 10 orang Muslim di Taunggote dibunuh dengan sangat kejam di dalam bas oleh sekumpulan etnik Rakhine. Oleh hal yang demikian, kaum Rohingya ketakutan lalu melarikan diri dan bersembungi daripada kaum Rakhine itu.
       Sebenarnya, kerajaan Myammar tidak mengiktiraf etnik Rohingya ini sebagai warganegara Myammar yang sah kerana mengatakan bahawa kumpulan ini memasuki Myammar sewaktu pemerintahan Britain dahulu. Mereka sama sekali tidak dibenarkan untuk mengamalkan agama Islam secara bebas kemudian mereka sering diseksa,didera,dibunuh,dirogol dan sebagainya. Contohnya, golongan wanita tidak dibenarkan untuk berhijab dan mereka dijadikan tempat memuaskan nafsu sahaja. Selain itu, umat Islam  Rohingya juga tidak dibenarkan untuk menunaikan haji di Mekah ataupun melakukan ibadah qurban semasa Hari Raya Aidiladha.


...PENDERITAAN ROHINGYA...

Hasil carian imej untuk PRNDERITAAn  pelarian rohingya
Hasil carian imej untuk PRNDERITAAn  pelarian rohingya

"......diperlakukan seperti haiwan kerana mengakui Allah sebagai Tuhan mereka dan agama Islam itu sebagai agama mereka........."


       BAGAIMANAKAH NASIB MEREKA SELEPAS INI?? Hakikatnya, nasib etnik rohingya ini terus menerus ditimpa musibah dan kesengsaraan. Pada Mei tahun ini, etnik Rohingya ini telah dipercayai terdampar diatas kapal ditenga-tengah laut perairan Thailand. Atas rasa belas kasihan dan sifat perikemanusiaan Malaysia dan Indonesia menawarkan untuk memberikan tempat perlindungan sementara buat mereka. Contohnya di Malaysia, kem PLKN telah dijadikan tempat perlindungan semntara etnik Rohingya ini.
        Selain itu Malaysia sangat prihatin terhadap nasib golongan Rohingya ini. Hal ini demikian kerana Malaysia bersetuju untuk membuka peluang pendidikan dan pekerjaan kepada mereka. Hari demi hari etnik Rohingya semakin meningkat tiba di Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka tetap dianggap sebagai pelarian. PERLUKAH MEREKA SENTIASA DIAGGAP PELARIAN?? PERLUKAH MEREKA DIANGGAP "PENDATANG ASING" DI NEGARA MEREKA SENDIRI??
         

TAHUKAH ANDA?
   ANTARA KEKEJAMAN TERHADAP KAUM ROHINGYA:
-          tidak mengiktiraf kerakyatan mereka
-          rampas tanah-tanah milik kaum Rohingya
-          menjadi buruh paksa tanpa gaji
-          sekatan makanan sehingga kebuluran
-          wanita dan gadis-gadis dirogol secara beramai-ramai oleh
tentera Myammar
-          penyembelihan secara beramai-ramai(lebih 1000 orang)



        Kehidupan mereka sehari-hari amat sinonim dengan kedaifan, penderitaan dan kesengsaraan. Isu yang dihadapi oleh masyarakat Rohingya lebih kepada proses penghapusan etnik oleh Rakhine, sama seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu. Dalam satu laporan khas, kerajaaan Myammar melakukan kekejaman terhadap Umat Islam Rohingya yang dipanggil “Penghapusan Etnik Rohingya” oleh etnik Rakhine yang sangat kejam. Lebih mengejutkan dan menyedihkan adalah bagaimana Aung San Suu Kyii, yang selama ini dilihat sebagai tokoh demokrasi dan pencinta keamanan turut berdiam diri dan membisu dalam isu ini. ITUKAH CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN YANG BERGELAR TOKOH?? Ya allah, sampai bilakah penderitaan ini akan terus dialami oleh mereka..? bilakah semua ini akan berakhir..?

        Alhamdulillah kerajaan Malaysia banyak membantu golongan Rohingya ini. Misalnya, anak-anak Rohingya diberi peluang pendidikan secukupnya manakala nasib golongan wanita juga terbela. Hal ini demikian kerana, Malaysia telah membuka ruang dan peluang untuk mereka bekerja sebagai pembantu rumah walaupun kerja itu berat tetapi cukuplah sekadar perbelanjaan anak-anak dan makan minum mereka sepanjang berada di sini. Tindakan keprihatinan dan usaha murni Malaysia ini berjaya membuka mata dunia untuk sama-sama membantu etnik Rohingya tersebut. Walaupun mereka ditindas di negara sendiri namun sikap berperikemanusiaan itu perlu diutamakan. 


Hasil carian imej untuk rohingya

     Ingatlah !! Mereka juga manusia biasa yang sangat memerlukan dan dahagakan pertolongan daripada masyarakat seluruh dunia . Hal ini demikian kerana, nasib yang menimpa dan dialami oleh mereka cukup dasyat dan buruk hasil kekejaman dari pihak kepimpinan negara mereka sendiri. Wajarkah ketua pemimpin negara sendiri tidak mempertahankan rakyatnya daripada menjadi mangsa penganiayaan serta keburukan dan kemusnahan pada rakyatnya sendiri.
 
SEKIAN... 
NURKILANKU KALI INI.... 










Friday, 16 October 2015

MISTERI KEHILANGAN 7 ORANG PELAJAR ORANG ASLI SK TOHOI

KEHILANGAN PENUH MISTERI 


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA .. 

TUJUAN MENULIS ARTIKEL INI ADALAH UNTUK MEMBERI PERKEMBANGAN MENGENAI 7 ORANG ANAK ORANG ASLI YANG HILAI DI POS TOHOI, GUA MUSANG , KELANTAN. HAL INI DI PANDANG SERIUS KERANA MEREKA MASIH KECIL DAN TIDAK TAHU BANYAK LAGI MENGENAI HUTAN BELANTARA TERSEBUT. 





        Tanggal 23 Ogos 2015, Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan 7 orang pelajar orang asli dari SK Tohoi, Gua Musang, Kelantan. Mereka merupakan sekumpulan pelajar orang asli yang mengikuti program dan perkhemahan di dalam hutan tersebut. Pelajar terbabit adalah Mirsudiar Aluj, 11, Noreen Yaacob, 10, Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaacob, 8, Linda Rosli, 8 dan Juvina David, 7 kesemuanya berasal dari Pos Tohoi. Mereka dipercayai lari ke hutan selepas takut dimarahi oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran malahan gurunya telah melarang sama sekali. 

Wahai adik-adikku...
Tak akanlah cikgu adik-adik makan kamu adik sebab marahkan kamu...  Paling tidak cikgu cuma marah sahaja.. tapi semuanya telah berlaku dan tidak dapat diundurkan lagi.. Semua yang berlaku telah tertulis dan ditentukan oleh Allah S.W.T.. kita sebagai manusia hanya mampu berdoa..  
  
        Akhirnya, misteri kehilangan 7 orang pelajar orang asli yang sering menjadi tanda tanya sedikit terjawab pada bulan Oktober 2015 iaitu selepas 46 hari mereka dilaporkan hilang. Hanya dua orang sahaja daripada 7 orang pelajar tersebut iaitu Mirsudiar Aluj dan Noreen Yaacob dijumpai selamat di dalam hutan berhampiran Sungai Perias iaitu tidak jauh dari tempat mereka. 5 orang lagi sahabat mereka dipercayai telah meninggal dunia di dalam hutan seorang demi seorang. 

        

        Kedua-dua pelajar tersebut memberitahu bahawa telah diberi makan oleh "seseorang" yang menyebabkan mereka berdua dapat bertahan sehingga ke hari ini. SIAPAKAH "seseorang" YANG DIMAKSUDKAN OLEH MIRSUDIAR DAN NOREEN?? ADAKAH BUNIAN?? Sehingga sekarang hal diberi makan itu menjadi tanda tanya semua pihak. Tidak pelikkah kanak-kanak sekecil itu boleh teruskan hidup tanpa sebarang makanan dan minuman. Namun, syukur alhamdulillah mereka berdua selamat dijumpai. Salah seorang daripada mereka ada memberitahu yang pertama meninggal ialah pertama meninggal ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8. Kesemuanya meninggal dunia kerana kelaparan dan keletihan, manakala Haikal mati lemas ketika ingin menyeberangi sungai. 


 

         


          Beberapa hari sebelum Mirsudiar dan Noreen ditemui oleh pasukan penyelamat, seorang mayat yang telah reput dijumpai tersangkut pada dahan pokok di tebing sungai. Mayat itu merupakan Sasa Sobrie,8, iaitu salah seorang daripada pelajar yang terbabit. Hal ini kemungkinan mayat tersebut telah lama tersangkut pada dahan itu sehingga menjadi reput akibat daripada air sungai yang deras. Penemuan mayat Sasa Sobrie telah membawa kepada penemuan seorang lagi mayat kanak-kanak, namun identitinya masih belum dapat dipastikan lagi.
         
     
                                                
INFO SEMASA
__hutan tersebut hanyalah 10 minit dari kampung nereka.
 __penduduk percaya mereka di sembunyikan oleh ‘tenrog’ iaitu ‘bunian’.
__wujud makhluk yang dipercayai mendiami kawasan tersebut terutamanya berhampiran pokok tualang,pokok merbau dan lain-lain lagi.


          Sehingga sekarang, misteri kehilangan pelajar orang asli ini tidak terungkai sepenuhnya lagi. Bilakah hal ini akan selesai? Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah S.W.T permudahkan segalanya dan hal ini cepat diselesaikan. Kita sebagai seorang anggota masyarakat perlulah bergading bahu menolong apa yang termampu contohnya nasihat kaunseling kepada ibu bapa pelajar terbabit. Ingatlah!!! JIKA KITA MEMUDAHKAN KERJA DAN MENOLONG SESEORANG, MAKA ALLAH AKAN PERMUDAHKAN KERJA KITA... INSYA-ALLAH... Semoga perkara ini dapat memberikan pengajaran dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat...

Wahai adik-adik...
Semoga kamu tenang dan aman disana... Tempat kamu disana bukannya disini.. kami disini amat menyayangi dan merindui kamu, tetapi Allah lebih sayangkan kamu semua.. Tenanglah kamu kepada Maha Pencipta ... 

Semoga kesemua pelajar terbabit dapat ditemui dengan segera. Biarlah hanya jasad yang tidak bernyawa ditemui namun misteri kejadian ini akan segera terungkai.

Sedekahkan Al- Fatihah buat mangsa-mangsa terbabit... AL-FATIHAH.......

Sekian coretanku untuk kali ini...

       



       


  
          
  


Monday, 5 October 2015

PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENYELUDUPAN MIGRAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Desawarsa ini, jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran amat membimbangkan kerana ianya merupakan masalah global yang kian meningkat hari demi hari.

TUJUAN PENULISAN
Tujuan saya menulis artikel mengenai tajuk pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran ini adalah untuk mengajak semua lapisan masyarakat mengetahui dan memahami situasi tersebut yang berlaku di dunia termasuklah Malaysia. Saya ingin semua masyarakat sama-sama untuk bangkit dan bangun membanteras jenayah ini.

PENGENALAN
PEMERDAGANGAN MANUSIA merupakan salah satu bentuk ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan manusia. Ia merupakan satu percabulan hak asasi yang paling buruk dan dunia memandang serius perkara ini termasuklah Malaysia. Dalam erti kata yang lain, perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. bagaimanapun, amat malang sekali keran Malaysia dilihat dan dilabel sebagai tempat yang menarik untuk sindiket ini menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa. 
PENYELUDUPAN MIGRAN bererti mengatur, menudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung , kemasukan seseorang individu ke sesebuah negara secara haram atau tidak sah merentasi sempadan. mereka bukanlah warganegara ataupun pemastautin tetap kerana tidak mempunyai sebrang dokumen perjalanan yang sah. mereka juga direkrut tanpa menyediakan sebarang perlindungan dan bantuan bagi melaksanakan tujuan yang sama. 

Statistik kes pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran semakin meningkat dari tahun ke tahun. Berikut adalah analisis yang dibuat dari tahun 2008 hingga tahun 2012. ‘


STATISTIK KES
PEMERDAGANGAN ORANG
MULAI 28.02.2008 SEHINGGA 30.11.2012
 
BILPERKARATAHUNJUMLAH KESELURUHAN
20082009201020112012
1JUMLAH KES17151132117174591
2JUMLAH TANGKAPAN20217195159206797
3JUMLAH MANGSA / PERINTAH PERLINDUNGAN SEMENTARA (IPO)8595687044710053363
4JUMLAH MANGSA SEBENAR / PERINTAH PERLINDUNGAN (PO)292064712203091235
STATISTIK KES
PENYELUDUPAN MIGRAN
MULAI 15.11.2010 SEHINGGA 30.11.2012

BILPERKARATAHUNJUMLAH KESELURUHAN
20082009201020112012
1JUMLAH KES3224469
2JUMLAH TANGKAPAN2315689
3
JUMLAH PENYELUDUPAN MIGRAN
185164951029


PADA KACA MATA DUNIA…..
Pemerdagangan manusia dan penyeludupan migrin ini adalah salah satu jenayah yang amat membimbangkan dan terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api. Saban hari pemerdagangan manusia ini dijadikan tempat mengeksploitasi orang untuk dijadikan sebagai hamba, kebanyakkannya hamba seks dan buruh paksa. di Bangladesh, dalam sebuah laporan yang dikeluarkan oleh UNICEF, kira-kira seramai 400 orang wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran adalah satu perkara yang mempunyai perbezaan iaitu:
   
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
PENYELUDUPAN
MANUSIA
Tidak melibatkan rentas sempadan
Mesti melibatkan rentas sempadan
Melibatkan elemen eksploitasi, manipulasi, ancaman terhadap mangsa yang terlibat. Eksploitasi ini berterusan dan berulang.
Melibatkan kerelaan orang yang diseludupkan dan keuntungan terhadap sindiket penyeludupan manusia. Kegiatan penyeludupan tamat apabila tiba di destinasi.

????BERFIKIR SEJENAK????

BUKANKAH KITA SEBAGAI SEORANG ANGGOTA MASYARAKAT  YANG BERTANGGUNGJAWAB  PERLU BERGANDING BAHU DENGAN PIHAK BERKUASA UNTUK  MEMBANTERAS JENAYAH INI????




PADA MATA KACA MASYARAKAT ….
Malaysia kini tidak terlepas daripada aktiviti-aktiviti ini yang dikenali sebagai “perhambaan alaf baru”.



Hasil carian imej untuk gambar pemerdagangan manusia




Kebanyakkannya dikurung dan tidak dibiarkan kelaparan asalkan mereka mendatangkan hasil yang lumayan. Misalnya, wanita dipaksa untuk “melayan” pelanggan untuk tujuan seks dan hiburan. Manakala kanak-kanak pula dijadikan sebagai pengemis ataupun buruh paksa. Perlukah perkara sebegini berlaku? Bukankah kanak-kanak tempatnya disekolah bukannya dijalanan??
Di Malaysia lain pula kisahnya, sebahagian mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada kalangan pekerja asinh yang sah atau tanpa izin(PATI) yang dibawa masuk melalui perairan Malaysia dari segenap pelusuk negara. Mereka berhijrah secara sukarela dari NEpal, Bangladesh, Myammar, Kemboja, Filipina, Vietnam dan India semata-mata untuk mencari sesuap nasi dan mencari pekerjaan yang lebih baik walaupun segelintir wanita seperdagangankan sebagai hamba seks.  
Namun, sebahagian daripada mereka dieksploitasikan sesebai buruh paksa atau buruh terikat dengan majikan yang kejam dan tidak berdaftar. Mereka sengaja menggunakan tenga buruh asing kerana upah yang dibayar hanyalah sedikit walaupun pekerjaannya sangat berisiko. Oleh hal yang demikian, Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) telah diwujudkan dengan memberi kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM1 juta kepada  pesalah.



BENTUK-BENTUK PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENYELUDUPAN MIGRAN

EKSPLOITASI SEKS   

Hasil carian imej untuk GAMBAR PENIPUAN IKLAN PELUANG PEKERJAAN DI SINGAPURA YANG MENJANJIKAN GAJI YANG LUMAYAN


Eksploitasi seks adalah jenayah yang sering berlaku di Negara ini malahan di luar Negara. Orang ramai di tipu khususnya wanita dengan helah dan taktik yang sangat professional. Kebanyakkannya dijanjikan kerja yang selesa, tempat tinggal yang selesa serta gaji yang amat lumayan sekali. Hakikatnya, apabila sampai di destinasi tersebut mereka dijadikan kambing hitam sahaja. Mereka hanya menurut kemahuan majikan jika tidak mahu di dera atau di bunuh. Sebahagian daripada mereka pula turut dijadikan sebagai “keldai dadah” dan terlibat dalam aktiviti penyalahangunaan dadah. 

BURUH TERIKAT DAN BURUH PAKSA




Buruh - buruh ini kebanyakkannya diseludup secara haram ataupun lebih dikenali sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Mereka telah dipaksa untuk menyumbangkan tenaga , dalma erti kata lain melakukan kerja melampaui kemampuan diri mereka. Buruh-buruh paksa ini tidak boleh bersuara sedikit pun, jika tidak mereka akan di dera dan tidak akan dibayar gaji. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan yang sangat ketat oleh majikan. 

PEMERDAGANGAN BAYI

hospital-swasta-jual-bayi 

Bayi juga dijadikan sebagai lombong emas bagi sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan. Mereka sanggup menipu dengan apa cara dan helah sekalipun dengan mana-mana  pasangan suami isteri  untuk mendapatkan bayi yang akan dilahirkan. PERLUKAN BAYI SEKECIL INI DIUSUNG KESANA-KESINI UNTUK DIJUAL DIPASARAN GELAP??  Bayi yang dijual dipasaran gelap harganya amat mahal. Kebanyakkan pasangan suami isteri yang tidak dapat melahirkan anak sanggup berhabisan jutaan ringgit hanya untuk mendapatkan seorang anak. Tingginya nilai seorang bayi mahupun anak itu. Mereka adalah insan yang tidak berdisa tetapi di jadikan sebagai sumber utama untuk diperdagangankan.  KEMANA PERGINYA SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN MEREKA? Bayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan yang lumayan kerana permintaannya yang tinggi (di Malaysia, bayi dijual dari harga RM10,000 hingga RM20,00 seorang)
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvrnnnRsJA9FD0Fepntv_O6CmMh6q7wXWm7AJ_gvExMhSnsls3nWvpA45l41vm0nQ938KR0OnkWrd44hZIkxIhyphenhyphenSFoRZiXji70_z3YeijWAAryBwVDQLhyphenhyphenxYHBaTRxRRSrc4aIEMP_4tc3/s1600/images+(4).jpg

KESIMPULAN
            Kesimpulannya, ditelan mati emak ditelan mati bapak, itulah perumpamaan yang jelas menunjukkan suasana kehidupan berjiran. Oleh hal yang demikian, kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan negara luar perlu lebih dipergiat. Contohnya,kerajaan perlu merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan yang proaktif melalui MAPO dan agensi-agensi lain khususnya PDRM dan TLDM untuk membanteras jenayah ini daripada lebih berleluasa. Jika tindakan ini dilaksanakn dengan cekap dan pantas masalah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran ini tidak akan menghantui kita dan tidak diheboh-hebohkan lagi pada masa akan datang. Hasil secara drastiknya Malaysia dan masyarakat akan mendapat  suatu perubahan yang amat positif. Sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin, semua orang inginkan suatu kehidupan yang amat bermakna dan aman, bukannya hidup dalam ketakutan  dan kesengsaraan. 

INGATLAH...!!! JANGAN BIARKAN ANDA MENJADI MANGSA 
SINDIKET INI...!!!!